Wednesday 4 February 2015

Siapa boleh jadi PR?

Sesiapa pun boleh jadi pengamal perhubungan awam (PR). Mengikut sejarah awalnya, pengasas amalan PR, Ivy Lee merupakan seorang wartawan sebelum berhenti untuk menjadi stringer (pemberita sambilan). Ivy kemudian dilantik  beberapa syarikat besar untuk memberi khidmat nasihat macamana nak deal dengan media. 


Pun begitu, Edward Bernays diangkat menjadi bapa perhubungan awam walaupun Ivy sudah dua dekad melakukan kerja PR. Itu semua gara-gara sokongan terbuka Edward terhadap Nazi. Edward merupakan penulis pertama buku bertajuk Cystalizing Public Opinion. Ia dianggap sebagai buku pertama amalan dalam PR. 

Awalnya tidak ada satu pun kriteria khusus untuk menjadi PR tetapi semakin lama ia diamalkan semakin banyak ilmu baru dicipta, maka lahirlah kursus khusus dalam PR. Hakikatnya, sesiapapun boleh jadi PR. Selalunya individu yang mempunyai aura untuk berkomunikasi dengan individu lain.

Di Malaysia, banyak universiti melahirkan graduan PR yang dipelopori oleh Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknolgi Mara (dahulunya Institut Teknologi Mara) pada awal 1970-an.  Ada pengamal PR merupakan garaduan  bidang bahasa Inggeris, pendidikan TESL malah tidak kurang graduan perundangan turut dilantik menjadi PR. Selalunya lantik
an dibuat berdasarkan  pengalaman, mahir dan punya hubungan akrab dengan pengamal media.

No comments:

Post a Comment