Tuesday 3 February 2015

Apa itu PR?

Kadang-kadang kita boleh tersalah anggap PR tu buat kerja macam GRO. Okeylah, ada juga PR yang pakaiannya terlebih seksi tapi tu boleh kita abaikan. PR, public relations atau dalam bahasa Melayu disebut juga sebagai perhubungan awam, pegawai seranta. Macam-macam nama lagi ada. Masa saya buat Masters dulu, kalau tak silapnya, ada lebih 50 istilah yang menjelaskan atau memperihalkan encik PR.

Budah bicara, PR ni orang perantara. Insan yang memudahkan hubungan antara organisasi dengan golongan sasar organisasi tu. Contohnya  syarikat, ABC Sdn. Bhd. menlantik seorang pekerja untuk menyelaras semua aktiviti sokongan berkaitan komunikasi. Golongan sasar, sesiapa sahaja. Pengguna, agensi kerajaan, media, kalau ABC tu syarikat besar maka ia ada 30% pemegang saham (yang didagangkan di Bursa Malaysia). 

Jadi, apa itu PR? Perhubungan awam ni boleh kita istilahkan sebagai pelaksana dasar syarikat terhadap golongan sasar dalam memperoleh kebaikan dua hala. Dua-dua nak untung, itu konsep terkini. Dalam bahasa Inggeris kita panggil two-way symmetrical communication process.

Tidak semestinya kita perlu lantik seorang pengurus dengan gaji 5 angka tetapi memadailah seorang eksekutif muda yang tahu asas bagaimana nak berkomunikasi. Kadangkala itulah menyebabkan customer kita setia pada jenama kita, sebab dia terasa dihargai sebagai rakan rapat.  

No comments:

Post a Comment